Pelajar

Trek Pembelajaran

Apakah itu Trek Pembelajaran?

Terdiri daripada gabungan unit pembelajaran yang disusun dengan teliti, Trek Pembelajaran - yang boleh ditugaskan sebagai Misi - telah dicipta secara khusus untuk membantu anda menguasai bahasa bagi sesuatu bidang tumpuan tertentu. Ianya disusun mengikut subjek atau tema, dengan diploma diberikan sebaik sahaja anda memperoleh sekurang-kurangnya 750 mata pada setiap latihan.

Apakah struktur Trek Pembelajaran?

Trek Pembelajaran boleh terdiri daripada sebarang bilangan latihan, yang boleh dimainkan dan diselesaikan dalam sebarang susunan yang dikehendaki. Untuk mendapatkan diploma bagi Trek Pembelajaran yang anda sedang usahakan, anda perlu memperoleh markah sekurang-kurangnya 750 mata dalam setiap latihan. Anda juga boleh melihat kandungan pilihan yang dicadangkan, yang walau bagaimanapun anda tidak perlu bermain untuk melengkapkan trek dan memperoleh diploma.

Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk melengkapkan Trek Pembelajaran?

Masa yang diperlukan untuk melengkapkan Trek Pembelajaran dan memperoleh diploma bergantung pada bilangan latihan dalam trek, dan sudah tentu keupayaan anda untuk mendapatkan skor sekurang-kurangnya 750 mata pada setiap latihan. Latihan atau langkah individu mereka boleh dimainkan semula untuk meningkatkan skor anda pada latihan itu. Secara umum, setiap latihan mengambil masa kira-kira 20 minit untuk diselesaikan.

Bagaimana untuk saya mendapatkan sijil?

Untuk memperoleh diploma dalam Trek Pembelajaran, anda perlu mendapatkan skor minimum dalam semua unit pembelajaran dalam trek tersebut. Dua jenis diploma boleh didapati untuk satu Trek Pembelajaran: sekirnya anda memperoleh sekurang-kurangnya 750 mata dalam setiap unit trek, anda memperoleh Diploma. Sekiranya anda memperoleh sekurang-kurangnya 900 mata dalam setiap unit trek, anda dianugerahkan Diploma dengan Kepujian.